10 June 2012

SELAMAT BERPANTANG

salam all....
untuk bbrpa bulan nih x dapat nak mengupdate blog lg..cuti rehat berpantang... so banyaklah pantang larang yg kene ikut yer utk kesihatan diri dan juga bby... sambil2 mendoakan bby cepat kuar wad..umi dah rindu sgt lah....

07 June 2012

Pengalaman Bersalin Bayi Songsang

Hari yang cerah mendung sekejap tapi tak hujan.. badan terasa malas nak bangun sakit2 pinggang disamping kaki yang semakin membengkak.. jauh disudut hati dah tiba masa nak bersalin ke aku nih..Ya Allah permudahkan lah urusan ku & dimasa kelahiran bby ku ini nnt..
Jam 8pagi dah beratur panjang untuk pemeriksaan bulanan ibu mengandung.. tapi tak ramai la hari nih macam selalu.. tunggu punya tunggu.. sampai no giliran dan semasa pemeriksaan doktor suruh aku dirujuk ke hospital besar segera kerana air ketuban dah kurang & bby x banyak gerak..ya allah betapa risaunya hati sekarang nih.. semoga bby selamat. dengan segera aku dan suami pergi ke hospital sg buloh, jam 2ptg aku daftar dikaunter, untuk pemeriksaan selanjutnya hanya kain batik dibenar bawa masuk..tunggu punya tuggu kat labour room tu rasa takut pun ada..tgk ibu2 lain yg tengah menahan sakit kontraksi nak bersalin.. Ya Allah kuatkan lah semangatku... disamping membaca segala ayat2 suci yg aku ingat ketika itu.
Suami ku menunggu dengan resah gelisah apa berita aku didalam ya.. walhal aku hanya disuruh dduk menunggu nama dipanggil... tiba2 nama ku dipanggil dan pemeriksaan CTG dilakukan.. alhamdulillah aku dengar bunyi jantung bby normal.. kemudian aku dibawa utk rujuk dgn dr. pakar. dr scan perut dan mendapati ada sesuatu pada bby.. dr menerangkan dan aku angguk faham.
Aku ditahan masuk wad, sebelum itu dr berjumpa dgn suami ku untuk menerangkan sekali lagi keadaan bby ku ini, dr menyarankan aku untuk bersalin secara pembedahan disamping keadaan bby yg songsang, air ketuban kurang dan saiz tubuh aku yg kecil dr anggarkan aku tidak boleh bersalin normal namun jauh disudut hati aku mahu bersalin normal. suamiku mengizinkan pembedahan dijalankan sekiranya perlu dan bersiaplah aku untuk dibawa ke wad.. saat ini hati dah mula sayu, sedih kerana hanya aku dan suami tiada peneman.. aku menghubungi abg kandungku yg paling hampir rumah dgn ku ttpi tidak pernah bersambut.. seharian aku cuba menghubungi ttpi masih tidak bersambut.. aku  menghubungi ibuku namun hanya linangan air mata ganti bicara dengan ibu..kelu lidah nak berkata2..ibu doakan anakmu selamat berjuang melahirkan insan kecil ke dunia esok..
malam tiba dan aku sedang berehat di dalam wad, katil sebelah aku dah selamat melahirkan bby girl yg sangat comel..tahniah kawan.. aku mengalas perut dengan nasi bungkus yg dibekalkan suami ku ptg tadi. tiada selera namun aku cekalkan untuk menjamah kerana kuatir jika aku nak bersalin awal. sedang aku berehat aku terasa sesuatu basah diatas katil aku periksa dan mendapati ada titik spot bercampur darah.. nurse datang bertanyakan keadaan ku dan aku memaklumkan ttg darah dikatil. tidak lama selepas itu aku dipindahkan ke katil lain, dimana katil aku bersama kawan2 lain pulak betul2 dihadapan kaunter nurse. sejam kemudian perutku terasa sakit memulas2.. aku tahan... sejam kemudian sakit lagi.. aku tahan.. sejam kemudian sakit mulai kerap.. sehingga aku tidak tahan. nurse dan dr datang memeriksa.. dia memaklumkan jalan telah terbuka 2cm dan masih jauh lg..
aku beristigfar dan membaca segala ayat2 suci yg aku ingat ketika ini bagi menghilangkan rasa takut dan sakit..jam menunjukkan 5pagi dan sakitku sudah tidak tertahan hanya ungkapan 'Allah' ku sebut berulang kali... tba2 nurse yg menjagaku berlari mendapatkan dr, aku diperiksa dan terus dibawa ke labour room, saat ini aku terbayang wajah suami dan ibuku..Ya Allah aku memerlukan sokongan suami utk memberi semangat dikala ini. ptg td suami ku dusuruh pulang kerana jadual pembedahan aku esok pagi. aku terus bertarung menahan sakit disamping nurse dan dr sedang bersedia menerima bby yg bakal keluar.. untuk permulaan aku gagal meneran.. seorg nurse berada disisi aku ketika ini dia menggenggam tangan ku dan memberi semangat.. aku hanya bayangkan dia suami ku yg sedang memberi semangat.. hampir 15mnt aku bertarung dan selamat melahirkan  bby perempuan, aku hanya melihatnya beberapa minit shj dan bby ku dibawa pergi... alhamdulillah syukur aku terlena keletihan.
nurse mengejutkan aku utk bersarapan dan suami ku masih lagi belum sampai.. ya allah dimana kamu syg.. aku ternanti2 nurse membawa bby ku ttpi tiada... nurse membisu.. jam 9pagi barulah suami ku sampai.. aku memeluknya erat dan suami memaklumkan bby ku ditahan diwad NICU.. air mata mula mengalir laju..suami menenangkan aku.. Allah hu akbar..semoga selamat anakku.. keadaan kembali reda dan aku bertenang.. setelah mendapatkan katil di wad aku berehat seketika.. tghhari pula aku mendapat kunjungan daripada ibu ku dan mertuaku.. gembira bercampur hiba perasaan ku tatkala mereka bertanyakan bby ku.. hanya suami yg menjelaskan keadaan..
tiga hari aku diwad tanpa ditemani bby ku.. dihari aku discaj suami membawa aku ke NICU sebelum pulang.. sayunya hati ini melihat tubuh kecil terbaring dengan wayar disana sini.. tak tertahan airmata lalu menitis jua.. kuatkan semangatmu nak.. umi dan ayah sentiasa disisi dan mendoakan kesejahteraan kamu.. umi pulang dulu ya nanti ayah datang temankan permata umi nih.. seolah2 faham aku mahu pulang bby ku menggerakkan  bdn dan senyum sekilas.. terubat hati ini melihat tindak balasnya..syukur........






Tempahan Bunga Telur

 Hye guys.. korang sihat ker.. lama nya tak update blog.. dah bersawang hahaha korang yang masih dapat meneruskan majlis di musim pandemik n...