|
tanda pertunangan |
Majlis pertunangan diadakan sederhana bagi melengkapi syarat dan adat dalam sesebuah perhubungan sebelum ke alam rumah tangga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga sebelah lelaki serta rombongan yang sudi datang membuat perbincangan pertunangan ini dari jauh, dan juga saudara mara dan jiran tetangga yang sudi hadir bergotong-royong masak memasak untuk menyambut kedatangan rombongan pihak lelaki. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar, pihak lelaki berwakilkan pak cik sebelah ibu, En Azhar dan pihak perempuan berwakilkan pak cik sebelah bapa, Ustaz Munjir. Setelah perbincangan selesai baharulah penyarungan cincin tanda pertunangan dilakukan dan pertukaran barang hantaran pihak lelaki dan pihak perempuan sebagai hadiah..
|
hantaran pihak lelaki |
|
sarung cincin |
|
bakal mertua dan kakak ipar |